Wednesday, August 21, 2013

Mencari Masjid Di London

Selain daripada faktor testominal bekas pelajar yang bagus, saya juga memilih Central Film School, London untuk mendalami ilmu pembikinan filem tahun lalu kerana lokasinya yang baik untuk seorang "Malaysian Muslim in London". Ianya terletak di Wentworth Street, yang hanya bersebelahan dengan kawasan Brick Lane, antara jalan yang mempunyai restoran bertemakan kari yang terbanyak di London : )

Di sini juga mempunyai masyarakat Islam yang ramai dari India, Bangladesh, Pakistan dan juga beberapa negara Africa. Kalau nak tahu ramai ke tidak orang Islam di sesuatu kawasan di London, tengoklah samada restoran fast food di situ halal ataupun tidak. Jadi ya, KFC di kawasan sini ternyata halal dan sangat popular.

Di persekitaran sini juga terdapat bukan satu, tetapi DUA buah masjid. Oh ya, untuk sampai ke sini, naiklah underground train dan turun di stesyen ALDGATE EAST. Pusing ke kiri dan jalan terus hingga berjumpa papan tanda "Brick Lane".


Masjid pertama di kawasan ini adalah Brick Lane Jamme Masjid. Ya, ada Masjid Jamek di London, ya! Seperti tempat-tempat lain juga, masjid ini akan penuh di hari Jumaat, dan anda akan diminta menapak naik beberapa tingkat ke atas untuk bersembahyang.



Dan selain dari KFC, banyak lagi restoran halal di sini yang menghidangkan pelbagai jenis masakan. Antara tempat kegemaran saya adalah Jungle Braai yang mempunyai lamb chops yang sangat, sangat sedap!


Masjid yang kedua adalah East London Mosque. Dari stesyen Aldgate East, anda pusing ke kiri juga dan jalan terus sehingga masjid ini kelihatan di seberang jalan. Bersebelahan dengannya adalah London  Muslim Centre. And boleh juga keluar dari stesyen WHITECHAPEL untuk ke sini.


Khabarnya, masjid ini juga pernah dikunjungi bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

No comments:

Post a Comment