Monday, July 15, 2013

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat datang! Kembara Dunia Halal merupakan usaha persendirian kami untuk berkongsi ilmu dan "tips" yang dapat memudahkan perjalanan sahabat-sahabat semua apabila berkembara ke luar negara, Insya Allah (mungkin juga akan diselitkan informasi tempatan dari masa ke semasa).

Semua yang dikongsikan di sini merupakan pengalaman kami sendiri, dan bukan ditaja mana-mana pihak. Maaf juga kami ucapakan andai sesetengah info yang diketengahkan agak lama atau "out-of-date". Atau mungkin juga terdapat maklumat yang kurang lengkap, oleh kerana pihak kami tidak dapat mengingat kembali setiap perincian pengalaman yang dilalui.

Kami juga mengalu-alukan sebarang sumbangan info dan artikel yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca sekelian. Terima kasih!