Wednesday, August 21, 2013

Kembara Halal ke Perth, Australia

Perkara pertama yang kebanyakan orang Malaysia akan sediakan apabila ingin mengembara ke negeri orang (selain daripada passport dan duit saku) tentu sekali ialah Maggi mee cepat dimasak sedap dimakan. Sememangnya tiada masalah untuk membawa makanan dari Malaysia, terbukti juga mudah dan murah. Tetapi jika sedang mengembara di negara orang, mestilah nak merasa makanan mereka juga dan ada ketikanya tidak berkesempatan untuk membawa air panas dalam termos untuk melempias nafsu bersama Maggi Mee, kan?

Ketika saya ke Taiwan bersama teman-teman satu pejabat, ramai juga yang membawa serunding daging, sambal goreng ikan bilis dan berbagai macam makanan lagi. Jika negara yang dikunjungi itu tidak begitu strict ketika memeriksa barang yang dibawa masuk, mungkin boleh lepaslah. Namun jika anda melawat ke negara yang tidak boleh membawa daging lembu atau apa-apa masakan berdaging dan sewaktu dengannya, alamat ke tong sampahlah makanan lazat tersebut. Jadi sebelum pergi ke mana-mana, pastikan and periksa do's and don'ts negara tersebut ye. Nanti penat je kak Jah masak serunding ke sambal ke.. last-last terbang ke tempat yang tidak diingini.

Untuk kami sekeluarga, secara peribadinya kami tidak akan akan membawa apa-apa jenis makanan untuk memudahkan proses pemeriksaan kastam di lapangan terbang serta kami memang jenis yang suka pergi cari makanan di negara orang. Kami percaya dunia ini milik Allah, dan tentu sekali banyak makanan halal yang tersedia. Yang kita perlu buat ialah mencari makanan tersebut.

Ketika kami di Perth Australia beberapa tahun yang lalu, kami menyewa sebuah apartment berhampiran Swan Lake, dan juga sebuah kereta untuk memudahkan kami ke sana sini. Since di apartment tu ada dapur, peti ais dan periuk belanga,  for the fun of it, kami pun singgahlah di supermarket Woolworths yang penuh dengan sayuran segar, ikan segar dan segala macam bahan-bahan untuk memasak. Tapi bukan senang ye nak masak tanpa bahan-bahan di dapur sendiri. Saya pilih minyak masak, butter, garam, pepper, tomato dalam tin untuk dipelbagai-rasakan dengan pasta, salmon, sayur, jagung, kentang dan sebagainya. Salmon tu saya pan-sear, kemudian rebus jagung, masak sayur, buat pasta sikit.. dan boleh makan dah. Kalau nak tanya saya tentang 'kebersihan' periuk yang ditinggalkan di situ, saya tawakkal sahaja.

Comel je Tia tolong mama masak kan? Sukanya tengok carrot yang comel-comel tu. Di Malaysia carrot besar batu penumbuk sambal!
Makanan di Australia memang mahal berbanding dengan makanan kita. Limau kasturi sebijik berharga sehingga mencecah AUD2 sebiji (rate 3.2 masa tu kalau tak silap saya). Setin minuman Coca-cola AUD3 lebih kurang RM6 lebih. Jadi kalau masak tu muailah sikit. Beli frozen fries pun okay untuk snacking selepas satu hari berjalan, fish fingers, crab sticks. Beli susu, cereal dan roti boleh jimat wang untuk sarapan pagi. Satu tip yang baik untuk save sedikit di bahagian makanan ialah dengan makan secara berkongsi. Order satu dan kongsi kerana selalunya portion atau bahagian makanan tu besar. Tak baik membazir.

Kami dicadangkan restoran ini oleh sahabat suami saya dan kami cari sampai jumpa. Namanya Mahsuri Satay Restaurant . Makanannya sedap tetapi priceylah sikit kalau nak dikalikan dengan matawang kita. 
Satu lagi tip jika ingin berjalan ke luar negara ialah mengambil tahu lokasi restoran-restoran halal yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Bolehlah check google dan print maklumat yang berkenaan supaya boleh rujuk bila sampai ke destinasi. Maklumlah, harga Internet bukanlah murah dan kalau tiada GPS dalam kereta, anda perlu tahu baca peta atau kalau berani, redah sahajalah guna instinct semulajadi. Paling-paling teruk pun sesat dan lapar sahaja. :)

Satay yang berharga RM5 satu di Australia.  Shhh... jangan bagi Haji Sahmuri tahu...
Sepanjang saya dan keluarga mengembara, cara tersenang untuk muslim mencari makanan ialah mencari seafood, salad dan Arab. Seafood selalunya tidak ada masalah terutamanya seperti cara masak di bawah ini iaitu rebus sahaja dan makan dengan sos. Carilah restoran yang menyediakan seafood sebab ketam dan udang tidak perlu disembelih. Hehe.. Daun-daun salad juga halal, buah-buahan juga halal. Dan yang paling obvious sekali ialah mencari Arab dan kebab. Tapi sedikit hati-hati ye kerana bukan semua Arab muslim, ada juga yang bukan. Ada satu kali saya lihat logo halal tapi bila saya tanya katanya hanya ayam sahaja halal. Tanya-tanya sikit untuk kepastian ye. Perhatikan logo halal untuk selamat tetapi janganlah cari logo Halal Jakim pula ye, takut berlapar sampai ke senja nanti.


 Pose ini hanya untuk tatapan umum! Tia tidak makan ini semua. Dan juga, untuk makluman, tiada ketam yang terkorban sia-sia dalam sesi bergambar ini, semuanya selamat di makan. 

Kami suka makan seafood rebus di Fremantle, Perth sambil menikmati permandangan dan burung-burung camar yang tak sabar nak suruh kami beredar. 
Islam tidak menyusahkan. Dunia ini luas terbentang, kita hanya perlu reatif sikit untuk memastikan yang kita tidak tersasar. Bila lagilah kami nak ke Perth ye?

No comments:

Post a Comment